Sejarah

Sejarah Pembinaan Surau An Najah 
Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang, Perlis.

Surau Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang mula dibina pada tahun 2000 atas inisiatif  Pengerusi PIBG Tuan Haji Hashim bin Haji Omar, Guru Besar En. Shamsudin bin Mad Nor, AJK PIBG dan guru-guru. Surau ini dibina secara gotong-royong antara AJK PIBG dan para guru menggunakan dana sumbangan orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu setelah mendapat kelulusan memungut derma daripada Jabatan Agama Islam Perlis.

Surau ini siap sepenuhnya pada tahun 2002 dengan bantuan Projek Payung daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, atas daya usaha Guru Besar Pn. Hjh. Jahara binti Hj. Ismail.

Kini surau ini berdiri dengan megahnya serta lebih kondusif. Pada tahun 2015, surau ini dinamakan Surau An Najah.


Gambar Semasa Pembinaan Surau Ini.


















No comments:

Post a Comment